IP

Register on greewards.com - invitation by OPENCODE SYSTEMS SDN BHD

Tuesday, February 17, 2009

Boleh la dok kat bulan... :)

94%




macam terer je kan..? hak hak hak...

Thursday, February 12, 2009

Jalan-jalan Port Dickson 28 Jan 2009


Ammar & Ayra pulak betul2 teringin sangat nak mandi laut.. sampaikan pretend mandi-manda laut di dalam rumah.. hmm sedey pulak tengok anak2 buat macam tu.. So, en Azam pun bgtau diorang.."Jom pergi PD...", apa lagi.. syok la diorang.. petang 27 Jan tu, kitorang pergi JJ Maluri untuk beli playdoh ammar & ayra.. last2 playdoh tak beli.. tapi beli khemah pulak... balik je rumah.. Ammar & Ayra terus suruh ayahnya pasangkan khemah kat dalam rumah.. pretend2 camping.. hahaha... tapi takpa, esoknya kitorang pergilah ke PD.. oppss.. mula2 tak teringat nak ajak keluarga Syu.. tapi masa baru On the way.. kitorang Call dia ajak gi PD.. Terus jadi jer.. so, gerak sendiri-sendiri.. Jumpa lah ki
torang kat Blue Lagoon PD.. Best gak gi PD.. lagipun lama dah en Azam tak cuti sama anak2.. kat bawah ni ada gambar2... layan..........Addahr macam tau jer nak gi jalan2.. naik kereta dan suka...
Ni lah rupa khemah kitorang.. kecik je.. tapi bolehla.. nampak Addahr kat belakang tu?.. dengan "keluarga angkat"nya..
Ammar & Ayra.. main la korang puas2.. mandi pasir pun takper.. jangan makan pasir udah..
Berlemuih anak-anakku...

Ni entah apsal lak si Ammar ni..??

Ammar ni minat kayak juga.. mula2 bergambar atas kayak.. akhirnya en Azam bawa Ammar dan Ayra berkayak kat laut beberapa Round (tapi gambar takde la pulak..) Ayra yang asyik dengan sand castle kononnya.. sampai nak makan pun payah..Amani (anak Syu) dengan gaya apa pun tak tau la...





Masa balik kitorang lalu jalan kampung dari Seremban ke Kuala Klawang.. pastu ke Jelebu.. Titi, sampailah ke Pekan Kuala Langat dan terus ke rumah kat Ampang. Jauh jugak dan jalan berpusing-pusing sampai Addahr muntah la.. tapi, sekali sekala jalan2... huhuhu...

Begitulah adanya... cuti2 satu hari kami sekeluarga pada 28 Jan 2009 yang lepas...

Friday, January 23, 2009

23 Jan...

Hari ini 23 Jan 2009... sejak 1999 hingga sekarang 2009.. dah berapa tahun yer... :)

Thursday, January 22, 2009

mimpi aneh

sudah beberapa minggu kebelakangan ini tidur aku bermasalah.. susah mau lena.. entah camner pulak malam semalam aku termimpi yang tiba2 aku memakai kasut pinjam hush puppies kesayangan adik ipar aku... tapi yang herannya, aku mimpi yang kasut tersebut tertukar dengan kasut hush puppies orang lain kat masjid. bukan tertukar sepasang, tetapi tertukar yang sebelah kanan.. so, tiba2 aku lihat masa kasut yang aku pakai selepas beberapa ketika keluar dari masjid, aku pakai kasut yang sama, tapi yang sebelah kanan aku tertukar entah dengan siapa.. end up kedua-dua belah kasut yang aku pakai adalah belah kiri.. maknanya, kaki kiri aku tetap pakai yang belah kiri, kaki kanan aku pun pakai yang sebelah kiri.. aku tersedar yang aku mimpi tentang hal tersebut semasa aku naik bas pergi kerja pagi tadi.. masa aku bangun tidur, aku tak ingat apa2 pun..musykil dan heran aku nak menafsir mimpi ini...
mungkin ianya satu peringatan dariNYA buat aku agar membetulkan apa yang salah dalam diri aku mungkin juga langkah atau tapak yang aku pilih sekarang ini... thank you Allah..

-petikan dari n3 aku...

Sunday, January 11, 2009

11 Januari.... (11.1. 99 - 11.1.09)

Hari ini, tatkala terbangun dari tidurku, mata terus melihat jam serta kalendar.. oh 11 Januari.. secara otomatiknya aku bersyukur dan mengingati sesuatu yang amat bersejarah dalam hidup aku.. Memang aku terasa masa terus berlalu berlalu begitu pantas tanpa aku sedari..

Sebenarnya 11 Januari ini amat bermakna dalam hidup aku. Sesuatu yang aku sendiri tak percaya aku berani lakukan, telah pun aku lakukan pada 11 Jan 1999. Sebenarnya aku nak terus bercerita tapi terasa seperti tak mau cerita.. (malu la kot..) tapi, sebenarnya aku bangga,.. hahaha.. aku berjaya melakukannya..

Kisah aku dulu-dulu, aku memang mempunyai ramai kawan, lelaki perempuan.. memang aku layan sama jer.. Asalnya aku bersekolah semua lelaki, so aku ada rasa kekok dan segan nak menegur perempuan. Memang kalau melihat wanita cantik atau tak cantik, baik atau kurang baik.. aku akan bolayan.. sebenarnya bukanlah bolayan sangat, cuma dalam diri aku ni ada sifat malu yang tak logik bila berhadapan dengan perempuan.. kecuali dengan keluarga aku kerana adik2 aku semuanya perempuan..

Aku start bercampur gaul dengan perempuan ketika aku menuntut kat ITM.. lama dah tahun 1993-1996, masa itulah aku mulai pandai bersosial.. maklumlah kelas aku hanya ada 7 lelaki dan balance 20++ budak2 perempuan.. so bila grouping utk apa2 subject geng2 lelaki yang minoriti ni terpaksa dipecah2kan dan of course kena join dgn bebudak perempuan.. dipendekkan cerita, dari ITM aku mula ramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja, dan dari ITM lah aku sudah mula banyak berbicara.. dan begitu aktif beraktiviti outdoor dimana aku mendapat lebih ramai kawan..

Selepas itu aku masuk UUM (sebenarnya aku dapat ke Southbank Univ, UK & Robert Gordon Univ Scotland.. tapi takleh pergi kerana masa tu gawat..MARA takde duit nak sponsor), aku pun continue beraktiviti outdoor dan exposed lagi dengan kawan2 perempuan.. tapi setakat berkawan aku dah biasa.. cuma yang cintan-cintun aku belum lagi pernah mencuba... Eh, sebelum itu.. masa kat ITM dulu, aku pernah la suka kat sorang budak perempuan.. aku suka sangat.. at first sight aku dah suka.. aku ingat lagi first time aku terlihat dia... masa tu aku nak tu kelas dia dah habis, so turn kelas aku lak, guna kelas dia.. sekali aku nak duduk, kebetulan kerusi yang dia gunakan, dia tgh siap barang2, aku boleh terpegun sekejap berdiri depan dia tanpa terkata apa2.. sampai dia tersenyum kat aku dan minta jalan... hahaha... aku tiba2 malu.. start dari situ aku cuba menjejaki dia.. aku suka tapi aku pendam ajer.. dan aku memang suka kat dia, tapi suka diam2 jer.. walaupun masa tu dia free (takde bf), aku tak pernah ambil apa2 tindakan.. kecuali kalau aku terjumpa dia aku akan senyum.. tapi setakat itu ajelah... sampailah saatnya kebetulan aku dan dia join satu organisasi, dan kitorang bersama satu grup.. OMG, sukanya aku... tapi.. aku ..biasalah.. SS (syiok sendiri) ajelah,... hahaha.. ada satu sesi aku kena buat demo rescue "darling carry" dan instructor suruh aku dukung dia.. pun aku tiba2 tak mahu.. (entah apsal aku tiba2 malu tak bertempat.. ). Dipendekkan lagi ceritanya, selepas itu dia ada bf, aku pun melepas... padan muka aku... ambik kau!!!... hahaha

Eh tak sedarlak panjang giler intro aku ni... okay skang masuk bab 11 Januari aku semula...

Kat UUM, aku kembali aktif dengan outdoor, dan aku mengenali ramai teman2 seperjuangan dalam outdoor. Secara tak langsung, aku mula bergaul dengan gadis-gadis, tapi hanya yang berada dlm lingkungan aku, bermula dari sama ko-kurikulum dan juga yang sama kelab rekreasi.. Kelab Kenu ..

Masa kat Kelab Kenu memang ramailah jugak bercinta sesama kelab, bila aku tengok dari senior sampai ke Junior boleh kata majoritilah bercouple. Aku yang jahil dalam bercouple ni mulai terinisiatif, aku rasa macam nak couple gak.. tapi ngan siapa? aku kan malu dan tak tahu macam mana nak mula.. persoalannya dengan siapa? hahaha.. lagipun pada awal aku join Kenu, 1996- mid 1998 aku memang tak pernah terfikir pasal cintan-cintun ni.. aku lebih suka huha huhah... ada jugak saja suka2 nak tackle junior kenu, tapi aku sebenarnya saja nak memeriahkan persaingan kawan2.. bukannya aku benar2 suka pun.. ikut2 orang ajer.. boleh macam tu... teruk kan aku ni... lagipun masa tu, aku sibuk bisnes cyber cafe aku...

So, bila dah berjumpa ramai kawan2.. dan ada la satu grup baru (budak jr) tiba2 aktif dengan kelab kenu.. aku rasa senang dengan grup ni.. aku pun suka melayan jugak.. dari baik secara individu dalam kelab, kemudian selalu lepak sama.. diskus projek kenu sama-sama, kemudian entah macam mana boleh berbalas-balas email menggunakan bahasa "kanda-dinda", rasanya bermula dengan main-main.. dan lepas tu setelah acapkali berjumpa, secara tiba2nya aku rasa aku sudah suka sama dia... pergi mana2 aja asyik mau dia join sama.. kemudian, seringkali aku teringat pasal dia.. dan aku sudah syak... tak salah lagi... aku sudah jatuh cinta kot... OMG.. begini kot rasanya bila aku benar2 suka kat seseorang perempuan.. perasaan yang pernah melanda aku ketika di ITM dulu.. tiba2, muncul kembali,,...

Kini aku berhadapan dengan masalah lama aku... bagaimana?? Kang tak pasal2 aku bertepuk sebelah tangan lak.. (macam kat ITM la.. aku tak rasa dia tahu aku suka dia.. rasanya lah..) . Masalah utama, bagaimana nak meluahkannya.. Yang keduanya, aku tak tahu penerimaan dia.. (kang kena reject, malu lak rasanya.. hehehe), Yang ketiganya aku risau.. kot2 dari kawan baik tiba2 jadi tak baik (ye la.. kena reject kan ke malu rasanya kot.. pas tu sama ada aku atau dia yang segan, dan aku leh rasa entah2 memang susah nak jadi macam sebelumnya..) .. Itulah antara faktor2 yang aku fikirkan... selama beberapa bulan.. so aku pun continue berkawan.. dan menulis diari.. hahaha..

Setelah sekian lama aku takut untuk mencuba, walaupun aku sering jumpa dia.. aku pendam sahaja jauh dilubuk hati.. sampailah tahap aku berasa jeles kalau dia beri tumpuan atau melayan kawan lelaki lain (kawan2 baik aku juga).. ye la mana diorang tahu.. dia pun tak tahu... sebab aku sorang je yang tahu.. pendam..day after days, months.. dan akhirnya pada 9 Januari 1999, aku tekad.. dengan azam baru la kot.. yang kali ini aku mesti LAKUKAN... tak mahu sejarah lama aku berulang.. Aku rela untuk gamble dan dapatkan kepastian.. kalau memang rezeki atau jodoh aku.. adalah, kalau bukan.. bukanlah.. aku sudah tak tertanggung atau pendam lagi di dalam hati... At least, something inside, aku kena lafazkan... tapi aku kena ada skrip nak lafazkan.. sebab aku tahu yang aku ni memang terlampaulah tidak mampu untuk meluahkannya dengan kata-kata..

So aku nekad, aku plan ajak dia makan kat Marrybrown 11 Jan 1999. Selalunya aku kalau pergi makan, mesti dgn kawan-kawan dia.. ish mcm mana lah aku nak meluahkannya.. so, aku nekad bgtau dia.. aku nak belanja dia sorang kat MB.. so, dalam hati aku, kalau dia bawa kawan2 pun bawaklah.. maknanya aku takkan luahkan apa2 la nampaknya.. aku pun tak pasti sama ada dia suspect apa2 sebab aku ajak dia makan kat MB berdua aja..

10 Jan tu aku berkira2 mcm manalah aku nak bgtau dia... aku tetap buntu.. takde idea.. nampaknya, lepas makan.. balik ajelah nanti... Arghhh.. dan aku terfikir sesuatu.. Apa lagi.. back up plan... kalau aku tak mampu nak luahkan secara lisan, aku boleh luahkan secara bertulis... aku pun start motor weezer aku , pergi the Mall, beli Kad berwarna biru dan hijau tak salah aku berserta envelopnya.. tapi aku tetap takde idea nak tulis apa... nak tulis pun tak mampu... aku.. aku...

11 Jan 1999, sudah tiba, dalam masa 1 jam lagi aku akan jumpa dia kat the Mall dan dinner kat MB.. So, dengan nekad aku MESTI luahkannya, dan sebagai back up plan aku pun menulis diatas kad-kad tersebut.. (isi takleh bgtau.. malula.. hehe).. aku tulis dengan ringkas ajer... short and sharp... Aku niat nak bagi dia sekiranya aku tak terluah dengan perkataan... Aku letak kad2 tersebut dalam beg yang aku bawak sama ke MB..

Semasa dinner, kami berbicara seperti biasa, padahal dalam minda aku tengah plan.. mcm mana dan bila waktunya aku nak luahkan masa balik nanti... Habis je makan, sembang2 jap.. and then terus berjalan balik melalu jambatan dari MB ke PKP.. On the way masa tu.. Setiap kali aku nak cakap, aku terasa kelu.. and then, nak cakap je.. aku rasa darah dari muka aku turun ke kaki... aku rasa aku pucat masa tu.. nasib baik malam.. Dan aku terus terfikir.. aku memang tak boleh nak beritahu secara lisan.. apa lagi.. back up plan la.. tiba2 aku berhenti dan duduk kat tangga di atas jambatan tersebut... buka beg aku dan dengan suara yang keluar tak keluar... aku beritahu... "ni ada kad utk awak".. Dia ambil dan buka dari envelop serta baca dalam cahaya yang kelam-kelam malam... aku nampak wajahnya seperti terkejut.. dan dia pun tak kata apa-apa.. melainkan .."ooo.. macam tu".. aku masa tu.. gabra... buat apa serba tak kena.. so.. lepas tu, dia kata "saya fikir dulu.." and then kami ucap selamat malam dan pulang ke destinasi masing-masing......... dalam minda aku, sekurang2nya aku sudah luahkan bebanan hati aku... cuma satu sahaja lagi.. mahukah dia terima aku lebih dari seorang kawan..

Kalau tidak terima, aku sudah bersedia utk berkawan seperti biasa.. walaupun jauh disudut hati aku, aku seboleh-bolehnya mahu dia menerima aku.. aku tak mahu dia menerima aku secara terpaksa.. walaupun aku rasa, ada kandungan e-mail aku yang memberitahu dia aku sangat berharap dia terima aku..tapi aku tidak berniat memaksa.. Aku sebenarnya tak pernah bercinta sebelum ini dan tak suka perkataan gagal @ kena reject.. tapi demi dia, aku rela walau aku direject sekalipun... walaupun pahit rasanya.. untuk gagal kali ini ... dan kena pula jatuh cinta lagi??

Dia memberikan jawapan "ya" pada 23 Jan 1999. Ini aku tak ceritakan disini kali ini..

Apa yang sebenarnya aku nak ceritakan disini.. dia lah insan pertama yang aku benar2 luahkan rasa cinta aku... walaupun dia insan yang kedua yang aku pernah suka dalam hidup aku.. Aku berjaya juga meluahkan, walaupun cuma melalui tulisan.. Yang pentingnya aku tak mahu sejarah berulang semula....

itu lah aku.. tak seperti orang lain..

Aku saja berkongsi cerita ini, maybe ada juga yang dia tak pernah tahu selama ini.. aku nukilkan juga... Aku juga amat bersyukur diwaktu ini, kami telahpun berumahtangga dan dikurniakan 2 putera dan 1 puteri..

Terima kasih, Sayangku... Shabaneeny..

Nukilan,
Azam
11.11pm 11 Jan 2009

Tuesday, December 23, 2008

Cuba untuk BeruBah TAPI.......

setelah byk bender yg berlaku dlm idupsaya sejak dua menjak ih..
saya dah buat keputusan utk berubah.....
perubahan secara drastik yg saya lakukan adalah membuang sikap happy go lucky d opis...
stakat nih still maintain....
cuma cam ramai tak bleh nak terima prubahan nih including MYSELF......
yela.. rasa cam "plastik" pulak...
dah jadi org lain pulak rasanya...
perubahan yg plg ketara bla saya berubah.....
saya menjadi seorang yg sensitif... terlalu emosi......
kdg2 sedih jugak bla tgk kwn2 opis gurau2 tapi saya tak join...
THAT"S NOT ME!
huwaaaaaaaaaaaaaaa... sedih n stress betul rasanya...
dlm hati mmg terloncat-loncat nak gurau2 ngan diorang..
tapi.. terpaksa tahan jer......
ADAKAH INI YG TERBAIK BUAT SAYA?????
saya sendirik pun dah konpius......

I'm back..........

ishhhh..
rasa cam lama betul tak jenguk blog...
lama tak apdet....
n lama tak terjah blog orang.....
waaaaaaaaaa.... idup yg membosankan...
tapi.. skang dah ada laptop.....
laptop opis.. even bukan laptop baru tapi still blh guna lagih....
so.. InsyaAllah ada masa.. ada kederat blhla apdet cam slalu....

Tuesday, December 16, 2008

Demam semakin hampir....

org slalu ckp "saya nak demamla"....
kenapa kita slalu mintak diberi demam?
maksud sebenarnya.... kita dah nak demam....
tapi spt biasa ckp melayu nih bila nak shortcut maksud dah lain.....

apa yg saya merepek nih??hehehhe...
sbnrnya saya yg mcm dah seram sejuk...
tak brapa nak sihat bdn... terasa cam demam pulak.....
maybe kena byk habuk n bdn penat psl mengemas masa pindah hari tuh....
ingat nak pg klinik n dptkan mc...
tapi.. bla pk report tak siap.. ada kerja yg blum beres kat opis... tak jadi kot..
hidung dah start berair... mata dah start berat....

doakan saya ok kengkawan....
Post Options

Tension tahap GAban....

tension????

a'ah..... pslnya takleh buat report....

pc yg saya tgh guna skang nih dah takder port utk pen drive...

ataupun saya yg tak tau....

huaaaaaaaaaaaaaaaa..... esok dah kena hantar nih.......

Cuba dan cuba.... kalau takleh jugak... mlm nihla jawabnya.....

Malang yang Tak Berbau......

hai... lepas satu2 hal yg berlaku...
hari nih on d way nak pg umah lama dr umah syu ada satu bender yg terjadi..
jeng...jeng..jeng...
saya ACCIDENT!!!!!
masatu saya tgh reverse tak sedar satu kete merc ada kat blkg....
mmg saya dgr ada bunyi hon tapi ingat hon org lain....
tapikan lps tuh tiba2 bunyi dummmmmmmm....
SAYA DAH LANGGAR KETE ORANG!!!!
terus saya kuar tgk... sib baik ada calar skit...
amazingly kete dia takder apa2...
apalagi terus saya mintak maaf n at d same time pk kopakla saya kali nih...
Alhamdulillah... org tuh tak mintak apa2 byrn..... sesama islam katakan....
gambar??? tak sanggup nak ambik...huhuhuhu...
kete saya dah ada corak tambahan utk dua2 sisi.......
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Panoramic Slideshow

Autograf..