IP

Register on greewards.com - invitation by OPENCODE SYSTEMS SDN BHD

Sunday, January 11, 2009

11 Januari.... (11.1. 99 - 11.1.09)

Hari ini, tatkala terbangun dari tidurku, mata terus melihat jam serta kalendar.. oh 11 Januari.. secara otomatiknya aku bersyukur dan mengingati sesuatu yang amat bersejarah dalam hidup aku.. Memang aku terasa masa terus berlalu berlalu begitu pantas tanpa aku sedari..

Sebenarnya 11 Januari ini amat bermakna dalam hidup aku. Sesuatu yang aku sendiri tak percaya aku berani lakukan, telah pun aku lakukan pada 11 Jan 1999. Sebenarnya aku nak terus bercerita tapi terasa seperti tak mau cerita.. (malu la kot..) tapi, sebenarnya aku bangga,.. hahaha.. aku berjaya melakukannya..

Kisah aku dulu-dulu, aku memang mempunyai ramai kawan, lelaki perempuan.. memang aku layan sama jer.. Asalnya aku bersekolah semua lelaki, so aku ada rasa kekok dan segan nak menegur perempuan. Memang kalau melihat wanita cantik atau tak cantik, baik atau kurang baik.. aku akan bolayan.. sebenarnya bukanlah bolayan sangat, cuma dalam diri aku ni ada sifat malu yang tak logik bila berhadapan dengan perempuan.. kecuali dengan keluarga aku kerana adik2 aku semuanya perempuan..

Aku start bercampur gaul dengan perempuan ketika aku menuntut kat ITM.. lama dah tahun 1993-1996, masa itulah aku mulai pandai bersosial.. maklumlah kelas aku hanya ada 7 lelaki dan balance 20++ budak2 perempuan.. so bila grouping utk apa2 subject geng2 lelaki yang minoriti ni terpaksa dipecah2kan dan of course kena join dgn bebudak perempuan.. dipendekkan cerita, dari ITM aku mula ramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja, dan dari ITM lah aku sudah mula banyak berbicara.. dan begitu aktif beraktiviti outdoor dimana aku mendapat lebih ramai kawan..

Selepas itu aku masuk UUM (sebenarnya aku dapat ke Southbank Univ, UK & Robert Gordon Univ Scotland.. tapi takleh pergi kerana masa tu gawat..MARA takde duit nak sponsor), aku pun continue beraktiviti outdoor dan exposed lagi dengan kawan2 perempuan.. tapi setakat berkawan aku dah biasa.. cuma yang cintan-cintun aku belum lagi pernah mencuba... Eh, sebelum itu.. masa kat ITM dulu, aku pernah la suka kat sorang budak perempuan.. aku suka sangat.. at first sight aku dah suka.. aku ingat lagi first time aku terlihat dia... masa tu aku nak tu kelas dia dah habis, so turn kelas aku lak, guna kelas dia.. sekali aku nak duduk, kebetulan kerusi yang dia gunakan, dia tgh siap barang2, aku boleh terpegun sekejap berdiri depan dia tanpa terkata apa2.. sampai dia tersenyum kat aku dan minta jalan... hahaha... aku tiba2 malu.. start dari situ aku cuba menjejaki dia.. aku suka tapi aku pendam ajer.. dan aku memang suka kat dia, tapi suka diam2 jer.. walaupun masa tu dia free (takde bf), aku tak pernah ambil apa2 tindakan.. kecuali kalau aku terjumpa dia aku akan senyum.. tapi setakat itu ajelah... sampailah saatnya kebetulan aku dan dia join satu organisasi, dan kitorang bersama satu grup.. OMG, sukanya aku... tapi.. aku ..biasalah.. SS (syiok sendiri) ajelah,... hahaha.. ada satu sesi aku kena buat demo rescue "darling carry" dan instructor suruh aku dukung dia.. pun aku tiba2 tak mahu.. (entah apsal aku tiba2 malu tak bertempat.. ). Dipendekkan lagi ceritanya, selepas itu dia ada bf, aku pun melepas... padan muka aku... ambik kau!!!... hahaha

Eh tak sedarlak panjang giler intro aku ni... okay skang masuk bab 11 Januari aku semula...

Kat UUM, aku kembali aktif dengan outdoor, dan aku mengenali ramai teman2 seperjuangan dalam outdoor. Secara tak langsung, aku mula bergaul dengan gadis-gadis, tapi hanya yang berada dlm lingkungan aku, bermula dari sama ko-kurikulum dan juga yang sama kelab rekreasi.. Kelab Kenu ..

Masa kat Kelab Kenu memang ramailah jugak bercinta sesama kelab, bila aku tengok dari senior sampai ke Junior boleh kata majoritilah bercouple. Aku yang jahil dalam bercouple ni mulai terinisiatif, aku rasa macam nak couple gak.. tapi ngan siapa? aku kan malu dan tak tahu macam mana nak mula.. persoalannya dengan siapa? hahaha.. lagipun pada awal aku join Kenu, 1996- mid 1998 aku memang tak pernah terfikir pasal cintan-cintun ni.. aku lebih suka huha huhah... ada jugak saja suka2 nak tackle junior kenu, tapi aku sebenarnya saja nak memeriahkan persaingan kawan2.. bukannya aku benar2 suka pun.. ikut2 orang ajer.. boleh macam tu... teruk kan aku ni... lagipun masa tu, aku sibuk bisnes cyber cafe aku...

So, bila dah berjumpa ramai kawan2.. dan ada la satu grup baru (budak jr) tiba2 aktif dengan kelab kenu.. aku rasa senang dengan grup ni.. aku pun suka melayan jugak.. dari baik secara individu dalam kelab, kemudian selalu lepak sama.. diskus projek kenu sama-sama, kemudian entah macam mana boleh berbalas-balas email menggunakan bahasa "kanda-dinda", rasanya bermula dengan main-main.. dan lepas tu setelah acapkali berjumpa, secara tiba2nya aku rasa aku sudah suka sama dia... pergi mana2 aja asyik mau dia join sama.. kemudian, seringkali aku teringat pasal dia.. dan aku sudah syak... tak salah lagi... aku sudah jatuh cinta kot... OMG.. begini kot rasanya bila aku benar2 suka kat seseorang perempuan.. perasaan yang pernah melanda aku ketika di ITM dulu.. tiba2, muncul kembali,,...

Kini aku berhadapan dengan masalah lama aku... bagaimana?? Kang tak pasal2 aku bertepuk sebelah tangan lak.. (macam kat ITM la.. aku tak rasa dia tahu aku suka dia.. rasanya lah..) . Masalah utama, bagaimana nak meluahkannya.. Yang keduanya, aku tak tahu penerimaan dia.. (kang kena reject, malu lak rasanya.. hehehe), Yang ketiganya aku risau.. kot2 dari kawan baik tiba2 jadi tak baik (ye la.. kena reject kan ke malu rasanya kot.. pas tu sama ada aku atau dia yang segan, dan aku leh rasa entah2 memang susah nak jadi macam sebelumnya..) .. Itulah antara faktor2 yang aku fikirkan... selama beberapa bulan.. so aku pun continue berkawan.. dan menulis diari.. hahaha..

Setelah sekian lama aku takut untuk mencuba, walaupun aku sering jumpa dia.. aku pendam sahaja jauh dilubuk hati.. sampailah tahap aku berasa jeles kalau dia beri tumpuan atau melayan kawan lelaki lain (kawan2 baik aku juga).. ye la mana diorang tahu.. dia pun tak tahu... sebab aku sorang je yang tahu.. pendam..day after days, months.. dan akhirnya pada 9 Januari 1999, aku tekad.. dengan azam baru la kot.. yang kali ini aku mesti LAKUKAN... tak mahu sejarah lama aku berulang.. Aku rela untuk gamble dan dapatkan kepastian.. kalau memang rezeki atau jodoh aku.. adalah, kalau bukan.. bukanlah.. aku sudah tak tertanggung atau pendam lagi di dalam hati... At least, something inside, aku kena lafazkan... tapi aku kena ada skrip nak lafazkan.. sebab aku tahu yang aku ni memang terlampaulah tidak mampu untuk meluahkannya dengan kata-kata..

So aku nekad, aku plan ajak dia makan kat Marrybrown 11 Jan 1999. Selalunya aku kalau pergi makan, mesti dgn kawan-kawan dia.. ish mcm mana lah aku nak meluahkannya.. so, aku nekad bgtau dia.. aku nak belanja dia sorang kat MB.. so, dalam hati aku, kalau dia bawa kawan2 pun bawaklah.. maknanya aku takkan luahkan apa2 la nampaknya.. aku pun tak pasti sama ada dia suspect apa2 sebab aku ajak dia makan kat MB berdua aja..

10 Jan tu aku berkira2 mcm manalah aku nak bgtau dia... aku tetap buntu.. takde idea.. nampaknya, lepas makan.. balik ajelah nanti... Arghhh.. dan aku terfikir sesuatu.. Apa lagi.. back up plan... kalau aku tak mampu nak luahkan secara lisan, aku boleh luahkan secara bertulis... aku pun start motor weezer aku , pergi the Mall, beli Kad berwarna biru dan hijau tak salah aku berserta envelopnya.. tapi aku tetap takde idea nak tulis apa... nak tulis pun tak mampu... aku.. aku...

11 Jan 1999, sudah tiba, dalam masa 1 jam lagi aku akan jumpa dia kat the Mall dan dinner kat MB.. So, dengan nekad aku MESTI luahkannya, dan sebagai back up plan aku pun menulis diatas kad-kad tersebut.. (isi takleh bgtau.. malula.. hehe).. aku tulis dengan ringkas ajer... short and sharp... Aku niat nak bagi dia sekiranya aku tak terluah dengan perkataan... Aku letak kad2 tersebut dalam beg yang aku bawak sama ke MB..

Semasa dinner, kami berbicara seperti biasa, padahal dalam minda aku tengah plan.. mcm mana dan bila waktunya aku nak luahkan masa balik nanti... Habis je makan, sembang2 jap.. and then terus berjalan balik melalu jambatan dari MB ke PKP.. On the way masa tu.. Setiap kali aku nak cakap, aku terasa kelu.. and then, nak cakap je.. aku rasa darah dari muka aku turun ke kaki... aku rasa aku pucat masa tu.. nasib baik malam.. Dan aku terus terfikir.. aku memang tak boleh nak beritahu secara lisan.. apa lagi.. back up plan la.. tiba2 aku berhenti dan duduk kat tangga di atas jambatan tersebut... buka beg aku dan dengan suara yang keluar tak keluar... aku beritahu... "ni ada kad utk awak".. Dia ambil dan buka dari envelop serta baca dalam cahaya yang kelam-kelam malam... aku nampak wajahnya seperti terkejut.. dan dia pun tak kata apa-apa.. melainkan .."ooo.. macam tu".. aku masa tu.. gabra... buat apa serba tak kena.. so.. lepas tu, dia kata "saya fikir dulu.." and then kami ucap selamat malam dan pulang ke destinasi masing-masing......... dalam minda aku, sekurang2nya aku sudah luahkan bebanan hati aku... cuma satu sahaja lagi.. mahukah dia terima aku lebih dari seorang kawan..

Kalau tidak terima, aku sudah bersedia utk berkawan seperti biasa.. walaupun jauh disudut hati aku, aku seboleh-bolehnya mahu dia menerima aku.. aku tak mahu dia menerima aku secara terpaksa.. walaupun aku rasa, ada kandungan e-mail aku yang memberitahu dia aku sangat berharap dia terima aku..tapi aku tidak berniat memaksa.. Aku sebenarnya tak pernah bercinta sebelum ini dan tak suka perkataan gagal @ kena reject.. tapi demi dia, aku rela walau aku direject sekalipun... walaupun pahit rasanya.. untuk gagal kali ini ... dan kena pula jatuh cinta lagi??

Dia memberikan jawapan "ya" pada 23 Jan 1999. Ini aku tak ceritakan disini kali ini..

Apa yang sebenarnya aku nak ceritakan disini.. dia lah insan pertama yang aku benar2 luahkan rasa cinta aku... walaupun dia insan yang kedua yang aku pernah suka dalam hidup aku.. Aku berjaya juga meluahkan, walaupun cuma melalui tulisan.. Yang pentingnya aku tak mahu sejarah berulang semula....

itu lah aku.. tak seperti orang lain..

Aku saja berkongsi cerita ini, maybe ada juga yang dia tak pernah tahu selama ini.. aku nukilkan juga... Aku juga amat bersyukur diwaktu ini, kami telahpun berumahtangga dan dikurniakan 2 putera dan 1 puteri..

Terima kasih, Sayangku... Shabaneeny..

Nukilan,
Azam
11.11pm 11 Jan 2009

10 Comments:

ija said...

owh..so sweet..saya dapat bayangkan adengan berlatar belakangkan uum tu..haha..nak tunggu citer dr side kak shaba plak...

Cikli's Headware said...

ermm.. abg azam.. bile baca ent3 ni sekurang2nya bg sy semangat.. tq.. kak. shaba.. ape plak akak nyer citer..

azam alcatrazze said...

ija... kalau dah ex-uum tu.. mesti familiar dan leh bygkan suasana tu kan... hehehhe..

rep... kuatkan semangat.. eh, ko ada masalah yg sama cam aku ke?

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

Hehehe...sweet jer rasa saat tu kan...itulah sapa cepat dia dapat..
nasib baik bitau cepat..klu tak melepas lagi hehehehe...

azam alcatrazze said...

tu la pasal.. kalau dah jodoh... tak kemana..

meen said...

waaahhh..romantika d'amor..nasib baik azam mmg kuat azam nak luahkan perasaan tu..if not, melepas lagi..tapi, tu mungkin sebab dah jodoh kan..Tuhan tolong la dengan mencekalkan hati utk meluah rasa tu..

hurmm..nak tunggu side story dari shaba plak la..hihi shaba..apa lagi, story laa...cam best plak kisah cintun ni..hehe

~Cinta Cukulet~ said...

huuu hepi ending...so sweet hehehe...mesti hepi sesangat bila cinta diterima kan

azam alcatrazze said...

meen.. takdela romantik pun.. har har har..

Cinta Milo Ais.... sebenarnya tak semudah itu.. banyak lagi ceritanya & pancarobanya.. ;P

Anonymous said...

baik laa takyah tau citer pasal shaba...kalo x ilang dah romantik citer pasal azam ni...ishhh...takyah dengar laa citer side shaba tu...hehehehe

Anonymous said...

"SAYA SUKA AWAK"

Panoramic Slideshow

Autograf..